Gerhana bulan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai imej gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Gerhana bulan wujud apabila
bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang
bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika
bulan purnama, dan apabila
matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.
[1]
[sunting] Gerhana 2007
Pada 3 hingga 4 Mac 2007. Suatu gerhana bulan telah berlaku yang dikategorikan pada L=3 hingga L=4 pada skala Danjon.
Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan
Eropah dan
Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur
Amerika,
Asia,
Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti
Trinidad dan Tobago dan
Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.
Gerhana bulan 3 Mac 2007 di Madrid
Fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007
Lagi fasa gerhana bulan pada 3 Mac 2007
0 komentar:
Posting Komentar